Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu, Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains, dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
serta inovatif. Kurikulum Pendidikan Seni Visual digubal berasaskan enam tunjang seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.



No comments:

Powered by Blogger.