Rancangan Pengajaran Perkembangan Seni Lukis dan Seni Reka di Malaysia


Tajuk : Perkembangan Seni Lukis dan Seni Reka di Malaysia.

Tempoh : 5 Minggu.


Objektif :
i.   Menggalurkan Sejarah Perkembangan Seni Visual di Malaysia dan Kepentingannya.
ii.  Mengenalpasti tokoh dan sumbangan.
iii. Menjelaskan peranan Institusi Seni Visual di Malaysia.
iv. Menjana hasil persembahan portfolio. 


Kandungan :
i.Sejarah Perkembangan Seni Visual di Malaysia dan Kepentingannya.
ii. Mengenalpasti tokoh Seni Halus, Seni Reka, Seni Kraf dan karya mereka.
iii.Menjelaskan peranan Institusi Seni Visual di Malaysia.


Berikut adalah langkah langkah yang saya akan lakukan untuk PdP bahagian ini.

Minggu 1 - Sesi penerangan dan perbincangan sejarah dan peranan institusi.

Minggu 2 - Sesi penerangan dan perbincangan sumbangan tokoh dan karya.

Minggu 3 - Pelajar melakukan kajian dan menghasilkan dokumentasi berdasarkan maklumat yang diperoleh. Kajian berkumpulan berkaitan tokoh, peranan institusi dan perkembangan seni era selepas merdeka.

Minggu 4 - Membentangkan hasil dokumentasi.

Minggu 5 - Membentangkan hasil dokumentasi.



Aktiviti pelajar :

i.Membuat kajian tentang sejarah, tokoh, sumbangan dan peranan institusi  dalam bidang Seni Halus,  Seni Reka dan Seni Kraf.

ii.Menghasilkan dokumentasi berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk lembaran kerja, persembahan multimedia, peta pemikiran atau artist book.
 

iii.Membentangkan hasil dokumentasi.



 
Rujukan:

Sejarah dan Kritikan Seni Visual.

Sejarah awal  Perkembangan Seni Visual.

Perkembangan Seni Visual dari tahun 1920an hingga  1980an.

Link 1 




No comments:

Powered by Blogger.