Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran melibatkan operasi yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan aktiviti Pendidikan Seni Visual bertujuan mencapai matlamat khusus dalam proses pembelajaran.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, strategi pembelajaran secara inkuiri yang berasaskan projek lebih mendominasi. Pada peringkat ini, murid-murid didedahkan dengan aktiviti eksperimentasi media dan teknik melalui Standard Kandungan Eksplorasi Seni bagi pengukuhan pemahaman khususnya terhadap aspek bahasa seni visual.
Pembelajaran Inkuiri
Strategi pembelajaran inkuiri merupakan rangkaian kegiatan pembelajaran yang menumpukan proses berfikir secara kritis dan analitis untuk mencari dan menemukan sendiri jawapan daripada persoalan yang diketengahkan.
Strategi pembelajaran inkuiri memberi penekanan kepada aktiviti yang berorientasikan murid. Strategi ini menuntut penglibatan murid secara optimum. Dalam hal ini, murid tidak hanya berperanan sebagai penerima pelajaran melalui penjelasan guru secara lisan, tetapi mereka perlu bertindak sebagai jentera penggerak untuk menemukan sendiri maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di sekeliling mereka. Guru pula hanya bertindak sebagai pembimbing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pembelajaran secara inkuri amat relevan diserapkan sebagai strategi utama dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Hal demikian bertujuan untuk merangsang pemikiran berfokus dan berstruktur dalam kalangan murid selari dengan aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berfokus kepada empat tahap pemikiran iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Berikut adalah antara jenis inkuiri yang terkandung dalam DSKP KSSM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1:
Inkuiri Terbuka
Inkuiri terbuka dapat dijelmakan melalui sesi perbincangan yang dilakukan secara kolaborasi bagi mendapatkan maklumat. Murid menggunakan pengetahuan dengan merekodkan maklumat kepada komponen tertentu untuk memahami dan membuat perhubungan antara komponen. Dapatan yang diperolehi melalui perbincangan kemudiannya dibahaskan secara lisan oleh murid atau melalui peta pemikiran.
Inkuiri Terbimbing/ Berstruktur
Inkuiri terbimbing atau berstruktur memerlukan murid menjalankan aktiviti melalui eksperimentasi pelbagai media dan teknik. Kembara Visual adalah satu contoh inkuiri terbimbing atau berstruktur di mana murid membuat penerokaan di luar bilik darjah mengikut prosedur tertentu dengan pemantauan dan bimbingan oleh guru.
Dapatan hasil penerokaan dan eksperimentasi yang diperolehi oleh murid diterjemahkan melalui aktiviti secara kreatif dan inovatif dengan bimbingan guru secara berstruktur. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai fasilitator.
Inkuiri Pengesahan
Inkuiri pengesanan merujuk kepada dapatan hasil ekperimentasi pelbagai media dan teknik melalui penerokaan pada subjek kajian yang terdapat sama ada pada alam semulajadi atau objek buatan manusia atau karya seni yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, aplikasi strategi pembelajaran inkuiri terbuka, inkuiri terbimbing/ berstruktur dan inkuiri pengesahan adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi ketiga-tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar berupaya menginovasi idea dan pengetahuan baharu seiring Kemahiran Abad ke-21.

No comments: