Organisasi Kandungan KSSM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1

Organisasi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 terbahagi kepada tiga bidang utama pembelajaran iaitu Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual.

Kandungan bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual mencakupi Perkembangan Seni Visual di Malaysia. Bidang Bahasa Seni Visual memberi penekanan terhadap unsur seni dan prinsip
rekaan. Bidang Pemikiran Seni Visual pula mengkhusus tentang aspek tajuk dan mesej; motif, idea dan konsep serta designomic.


Peruntukan waktu bagi melaksanakan ketiga-tiga bidang tersebut adalah selama 36 minggu seperti yang tertera dalam jadual di bawah.


Pemetaan KSSM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.

Organisasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran boleh dibahagikan kepada komponen iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.


Organisasi kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dalam tiga bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu:

Standard Kandungan 1: Persepsi Seni 

Pengetahuan dan pemahaman tentang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual.

Standard Kandungan 2: Eksplorasi Seni
Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan serta pemahaman terhadap Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual melalui penggunaan pelbagai media,
proses dan teknik.
 

Standard Kandungan 3: Ekspresi Seni
Penzahiran idea dan konsep melalui penggunaan pelbagai media, proses dan teknik daripada pelbagai sumber serta teknologi dalam penjanaan tugasan.


Standard Kandungan 4: Apresiasi Seni
Penghayatan terhadap hasil karya seni visual dengan membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual.


































No comments:

Powered by Blogger.